PELUANG KERJAYA SEBAGAI 

PEMBANTU JUALAN & KHIDMAT PELANGGAN (PEREMPUAN) (SEPENUH MASA)

DI IPOH, PERAK

Azizol Legacy Sdn. Bhd.

DESKRIPSI TUGAS :

  • Membantu segala urusan yang melibatkan jualan dan urusan dokumentasi di bahagian jualan.
  • Bertanggungjawab menyediakan maklumat umum mengenai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat kepada pelanggan baru atau pelanggan sedia ada.
  • Menjalankan hubungan komunikasi jualan kepada pelbagai segmen pelanggan; b2b atau b2c.

 

KELAYAKAN :

  • Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang pentadbiran perniagaan (jualan atau pemasaran) atau bidang yang berkaitan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf kerajaan.
  • Sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang berkaitan yang diperlukan untuk jawatan ini.
  • Mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Berkebolehan dengan perisian Microsoft Office (seperti Excel, Words & Powerpoint).
  • Perwatakan menarik dengan kemahiran komunikasi, interpersonal yang baik.
  • Pengalaman dalam jualan dan pengurusan dokumentasi adalah menjadi keutamaan.

 

MANFAAT :

  1. Caruman KWSP
  2. Caruman SOCSO dan EIS
  3. Latihan berterusan
  4. Elaun atas pencapaian
  5. Elaun kehadiran
  6. Claim perubatan tahunan
  7. Kenaikan pangkat
  8. Sistem kenaikan gaji tahunan

 

TANGGA GAJI :

  • RM 1700  (Bergantung kepada penilaian & boleh dirunding)

 

LOKASI :

  • 3A, Jalan Ampang Tambun, 31400 Ipoh, Perak

 

MASA BEKERJA :

  • Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Sabtu : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari (Minggu 2 dan 4)

 

TARIKH MASUK BEKERJA : FEBRUARI 2025
 

Sebarang pertanyaan sila ajukan melalui:

Tentang Easy Ngaji

Persekitaran Kami

Tanggungjawab

Kerjasama

Kreatif

Realistik

× Apa yang kami boleh bantu?