Large Image

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

Smart Al-Fateh Aktiviti Asas Hafazan Surah Pilihan

Product Modal

Modul Aktiviti Hafazan Surah Pilihan Smart Al-Fateh ini adalah merupakan siri latihan bagi Modul Hafazan Surah Pilihan Smart Al-Fateh yang mempunyai beberapa elemen pembelajaran visual, auditori, kinestatik seperti carta jari, roda hafalan dan jadual pengulangan hafalan solat 5 waktu. Antara objektif yang ingin dicapai adalah:

  • Membantu pelajar menguatkan hafalan surah pilihan dengan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan.
  • Membantu pelajar memahami isi penting surah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.
  • Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz, menulis, mengetahui makna kalimah dan mengetahui hukum tajwid bagi setiap surah.
  • Memberikan bahan bantu belajar yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif bagi guru dan pelajar.

 

Teknik Pengajaran Modul Aktiviti Hafazan Smart Al-Fateh

Pendekatan asas yang digunakan di dalam modul ini adalah bimbingan guru secara dekat terhadap pelajar bagi setiap aktiviti latihan. Penumpuan terhadap setiap kemahiran dengan konsep “fun learning” beserta dengan tambahan pelbagai aktiviti kreativiti yang lain dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap hafazan surah.

Mengikuti kursus dan pelatihan yang disediakan amat penting bagi mendapatkan kesan yang terbaik dalam penggunaan Modul Praktis Siri Hafazan Smart Al-Fateh ini.

Boleh didapati dalam bentuk e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.

× Apa yang kami boleh bantu?