
USTAZAH FARZANAH
Saya Ustazah Farzanah binti Ahmad Rosdi atau lebih dikenali Ustazah Farzanah. Saya adalah salah seorang guru al-Quran yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari 2024. Saya mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam pendidikan diniyah, Quran dan Qiraat. Saya minat dalam perkara yang berkiatan dengan psikologu untuk lebih mengenali rakan-rakan dan pelajar.
PENDIDIKAN
Peringkat Diploma
Diploma Tahfiz wal Qiraat, Darul Quran Jakim
Pengajian Tinggi
Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Al-Quran dan Qiraat, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
PENGALAMAN
Saya sudah mengajar sejak dari tahun 2019 sebagai guru sementara di Sekolah Rendah Integrasi Bestari Al-Muhsinin, Yong Peng, Johor. Saya juga merupakan Guru Quran untuk murid persendirian di Batu Pahat, Johor dan Tanjung Malim, Perak serta merupakan guru tahfiz sekolah menengah di Madrasah Al-Muhsinin, Yong Peng, Johor pada tahun 2020. Pada tahun 2023, saya menjadi guru praktikal di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal bolkiah, Brunei dan di Sekolah Menengah Arab Attarbiah Al-Islamiah, Batu Pahat, Johor. Selain itu, saya juga merupakan Guru Praktikal dan Guru Tasmik Jemputan di MITS Alam Impian pada tahun 2024.
Sijil dan Penghargaan















Impian dan harapan saya adalah untuk melahirkan seramai mungkin masyarakat Islam yang baik bacaannya dalam al-Quran, malah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti bacaan “from zero to hero” dan mampu mengajarkan kepada orang lain.