USTAZAH RAS
Saya Ras Arifah Binti Rasdi atau lebih dikenali Ustazah Ras. Saya merupakan Guru Al-Quran dan Pembantu Pengurusan di Easy Ngaji. Saya juga adalah salah seorang guru al-Quran yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari tahun 2018.
Saya pernah menuntut ilmu seketika di Mansoura, Mesir selama 6 bulan sambil bertalaqqi dengan syeikh disana. Pulang ditanah air, saya menyambung hasrat untuk mengulang hafalan sepenuhnya secara berguru dengan mengambil Sijil Syahadah 30 juzu’ Al-Quran di Darul Ulum Ihya’ Ulumuddin, Alor Setar, Kedah selama 2 tahun. Disamping itu, Saya juga penerima Sijil Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak tahun 2015 yg disampaikan oleh Arwah TS Harussani Bekas Mufti Perak.
Saya berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan anak yang kedua daripada 4 orang adik-beradik. Sekarang saya menetap di Sungai Rokam, Ipoh.
PENDIDIKAN
Pendidikan Awal
Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh
Peringkat Menengah
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin-6, Padang Rengas, Kuala Kangsar. SPM di SABK Maahad Al-Ummah, Chemor, Ipoh.
Pengajian Tinggi
Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu sebagai Diploma Tahfiz Wal Qiraat dalam pengkhususan Hadith.
Pengajian Tambahan
Bertalaqqi di Mansoura, Mesir selama 6 bulan.
Pengajian Tambahan
Sijil Syahadah 30 Juzu' Al-Quran di Ulum Ihya' Ulumuddin, Alor Setar, Kedah.
Pengajian Tambahan
Penerima Sijil Tauliah Mengajar Agama Negeri Perak.
PENGALAMAN
Saya sudah mengajar sejak tahun 2018 sebagai Guru Kafa Sekolah Agama Rakyat Sungai Rokam, kemudian berkhidmat sebagai Warden & Guru Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin-11 Seruan Islam, Perak. Seterusnya saya berkhidmat di TAFAS (Tahfiz Faridhatus Syahadah) iaitu pusat pengajian yang diwakafkan oleh keluarga saya, disitu saya mengajar pelbagai lapisan umur, dari kanak-kanak hingga warga emas. Saya juga turut menyambung khidmat mengajar bersama Easy Ngaji untuk terus menyebarluaskan ilmu Al-Quran kepada masyarakat.
Sijil dan Penghargaan
Melalui perjalanan saya dalam tempoh belajar dan mengajar ini saya ingin menggali sebanyak mungkin ilmu Al-Quran dan ilmu-ilmu lain serta pengalaman. Impian dan harapan saya adalah untuk menambaik baik dan menyebarkan luaskan ilmu pada orang lain. Saya berharap agar ilmu yang saya kongsikan dapat memberi manfaat serta kebaikan di dunia & akhirat.