Salam perkenalan daripada saya…

USTAZ AZIZOL

Saya Azizol bin Kasnan atau lebih dikenali sebagai Ustaz Azizol. Saya merupakan pengasas kepada Akademi Al-Quran Easy Ngaji di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn Bhd. Saya juga adalah seorang Pengarang Modul Asas Kemahiran Bacaan Al-Quran bermula dari peringkat Asas hingga Hafazan Al-Quran. 

Saya dan Team Easy Ngaji juga menjalankan kelas, program, seminar dan bengkel untuk tutor bagi mengembangkan ilmu pendidikan al-Quran kepada masyarakat yang mahu membaca al-Quran dengan baik.

Saya juga merupakan Peneraju Modul Smart Al-Fateh dan Bengkel Guru Al-Quran Berkaliber (BGAK).

PENDIDIKAN

Saya merupakan Graduan Program Sijil Asas Perguruan Al-Quran (SAPQ) dan juga merupakan Graduan Sanad 30 Juzuk Riwayat Hafs ‘An ‘Asim Thoriq Asy-Syatibiyyah daripada Syeikh Redha Al’Ilwani

Previous slide
Next slide

Selain itu, saya juga merupakan seorang guru al-Quran terlatih di bawah program Akademi Al-Baghdadi, seorang pengusaha Pusat Pendidikan Al-Quran Al-Baghdadi dan Pusat Pengajian Al-Quran Easy Ngaji. Impian saya adalah membantu masyarakat untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta menyebarkan dakwah.

PENCAPAIAN

Previous slide
Next slide

Saya seorang pengarang modul pendidikan al-Quran bagi kegunaan para guru dan masyarakat di bawah bimbingan program Legend Blueprint Menthoring. 

Antara modul yang telah dibangunkan oleh saya dan Team Easy Ngaji adalah modul Asas Al-Quran Smart Al-Fateh 1, modul Asas Al-Quran Smart Al-Fateh 2, modul Asas Tajwid Al-Quran Smart Al-Fateh 3 dan modul Asas Hafazan Juzuk 30, 29 & 28 Smart Al-Fateh. Insya-Allah akan ada lagi beberapa modul yang akan dibangunkan dari semasa ke semasa dalam bentuk fizikal dan digital. Nantikan!

Previous slide
Next slide

Saya juga telah dibantu beberapa kali oleh sahabat LBM dalam menyertai pesta buku & untuk memperkenalkan modul-modul kami. Antaranya adalah Jualan Buku di Pesta Buku Selangor dan Bazar Buku Perpustakaan Raja Tun Uda.

Saya dan team Easy Ngaji juga telah mendapat jemputan untuk mengadakan program bersama agensi kerajaan, agensi swasta, institusi pendidikan, institusi masjid dan lain-lain. 

PENGALAMAN

Guru al-Quran selama 10 tahun bermula di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Tambun, Ampang, Tanjung Rambutan dan Station 18 Ipoh secara online dan offline.

Mengendalikan program bacaan Al-Quran, Tajwid dan Hafazan di pelbagai institusi.

Berkongsi dan berkolaborasi bersama guru al-Quran serta tutor dalam pendidikan al-Quran.

TESTIMONI PELAJAR MODUL SMART AL-FATEH

TESTIMONI ASAS ONLINE EASY NGAJI | TUAN HAKIM LOKMAN​

TESTIMONI ASAS ONLINE EASY NGAJI | PN ROZIANA DAN EN AHMAD

PENCAPAIAN PELAJAR HAFAZAN TEKNIK 5 JARI - PUAN HALIJAH HASHIM

TESTIMONI PELAJAR HAFAZAN TEKNIK 5 JARI

MODUL SMART AL-FATEH

× Apa yang kami boleh bantu?