Ustazah Fatin
Saya Ustazah Fatin Nadiana Zamiki Binti Noor Azam Ariff atau lebih dikenali dengan nama Ustazah Fatin.
Saya merupakan salah seorang guru al-Quran yang mempunyai minat dan kemahiran dalam mengajar al-Quran khususnya dari peringkat asas, tajwid serta pembacaan al-Quran dengan betul dan lancar. Saya mula mempunyai pengalaman mengajar sejak tahun 2021 selepas tamat pengajian STAM sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Kini, saya masih aktif mengajar subjek al-Quran, Ibadah dan Akidah kepada kira-kira 200 orang pelajar di sekolah KAFA.
Saya berasal dari Perak dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Kini saya menetap di Ipoh.
PENDIDIKAN
Peringkat Awal
Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh, Perak
Peringkat Menengah
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak
Pengajian Tinggi
Universiti Al-Azhar, Mesir
PENGALAMAN
Saya mempunyai pengalaman mengajar di sekolah KAFA sejak tahun 2021 selama lapan bulan selepas tamat pengajian STAM dan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kini, saya masih aktif mengajar di sekolah KAFA dengan mengendalikan subjek Al-Quran, Ibadah dan Akidah. Sepanjang pengalaman mengajar, saya telah mengajar kira-kira 200 orang pelajar daripada pelbagai peringkat.




Sijil dan Penghargaan



Impian dan harapan saya sebagai seorang guru al-Quran adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mampu membaca al-Quran dengan baik dan betul, malah mencintai serta menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Saya berharap dapat membimbing pelajar supaya lebih yakin, bersemangat dan istiqamah dalam mempelajari al-Quran serta mengamalkan nilai-nilai yang terkandung di dalamnya.