Profil Syarikat
Impian kami untuk bantu lebih ramai cintakan al-Quran
Tentang Easy Ngaji
Cerita Kami
Selamat datang ke Syarikat Azizol Legacy Sdn. Bhd. dengan jenama kami Easy Ngaji – sebuah syarikat Peneraju Pendidikan Al-Quran di Malaysia!
Mula ditubuhkan pada tahun 2014, Akademi Al-Quran Easy Ngaji (dahulu dikenali dengan Pusat Pengajian Al-Quran Easy Ngaji) beroperasi di bawah kendalian Al-Baghdadi Learning Centre. Bermula dengan 1 cawangan di Tambun, kami seterusnya mengorak langkah pada tahun 2018 di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn. Bhd. (12905220-D) yang kini mempunyai 2 cawangan di Ipoh iaitu di Tambun dan Ampang. Dengan modul yang mudah dan sistematik, kami menyediakan kelas al-Quran bermula daripada umur 7 tahun sehingga 70 tahun meliputi di beberapa buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Akademi Al-Quran Easy Ngaji komited dalam menyediakan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian al-Quran. Lebih 10,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami dan mendapat manfaatnya sejak 2014. Malah ada yang sudah mahir membaca al-Quran dan khatam berulang kali walaupun bermula daripada zero!

Visi Kami
Menjadi Syarikat Penyedia Perkhidmatan Pendidikan Al-Quran Kaedah Pantas, Moden dan Kotemporari Yang Bersistematik dan Berimpak Tinggi No. 1 di Malaysia.
- Pendidikan Al-Quran Kaedah Pantas: Tumpuan pada kaedah pengajaran yang cekap dan berkesan, membolehkan para pelajar menguasai bacaan al-Quran memahami dan menghafal al-Quran dengan pantas.
- Moden dan Kontemporari: Mengintegrasikan kaedah pembelajaran al-Quran dengan konteks dan realiti kaedah pembelajaran masa kini, memastikan proses penyampaian pendidikan yang diberikan relevan dengan cabaran dan keperluan masyarakat moden.
- Bersistematik: Melaksanakan sistem yang berstruktur dan teratur dalam penyampaian bahan, penilaian, dan pembangunan diri, memberikan pengalaman pembelajaran yang konsisten dan boleh diukur.
- Berimpak Tinggi: Mewujudkan program pendidikan yang tidak hanya memberikan pengetahuan tentang al-Quran tetapi juga memberikan impak positif dalam membentuk karakter, moral, dan sikap positif terhadap kehidupan.
- No. 1 di Malaysia: Menunjukkan komitmen kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri pendidikan al-Quran di Malaysia, dengan mengukur kejayaan melalui standard kualiti serta memenuhi kepuasan pelanggan.
Misi Kami
Misi Pendidikan
- Memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat kepentingan menguasai bacaan (asas al-Quran, tajwid, talaqqi, hafazan dan tarannum), terjemahan makna (harfiyyah), tafsir (penerangan daripada sumber yang tepat) dan tadabbur (pemahaman dan penghayatan isi kandungan al-Quran).
- Menarik minat masyarakat pelbagai peringkat umur mempelajari al-Quran dengan kaedah moden dan menyeronokkan.
Misi Produk
- Sentiasa menjalankan kajian dan penyelidikan kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
- Menaikkan kredibiliti produk dan perkhidmatan melalui pengiktirafan daripada pelbagai agensi bertauliah.
Misi Pelanggan
- Menekankan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelajar/pengguna bagi semua peringkat umur.
- Menekankan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan ceria.
- Sentiasa komited membuat kajian dan penambahbaikan yang berterusan terhadap produk dan servis yang dijalankan.
- Penggunaan teknologi baru dalam peningkatan servis dan produk.
- Mewujudkan komuniti yang mahir membaca, memahami, melaksanakan dan mendakwahkan al-Quran.
Misi Pasukan
- Melahirkan tenaga kerja yang professional dan komited.
- Menyediakan sistem career path dan skim kenaikan gaji.
- Menyediakan platform peningkatan prestasi pekerja.
- Memberi perhatian tinggi kepada kebajikan para pekerja.
Staff Pengurusan Kami
“Bukti ketaatan kita kepada Allah SWT adalah berimannya kita kepada kitab suci al-Quran. Bermula daripada proses belajar membaca, menghayati makna lantas mengamalkannya. Ramai yang tahu al-Quran itu penting tetapi tak ramai yang MENGENALI kepentingan AL-QURAN bagi hidupnya.”
Ustaz Azizol bin Hj. Kasnan
– Pengarah –
Senior Eksekutif Akademik, Penyelidikan & Pembangunan

Abdul Hadi bin Tajul Azli
"Walau ilmu kamu hanya secupak, adab mu biar segantang"
Senior Eksekutif Pemasaran dan Multimedia

Muhammad Aslaha bin Sulaiman
"Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa"
Junior Eksekutif Pemasaran dan Multimedia

Muhammad Nur Hilmi bin Mohd Raplis
"Setinggi mana pun berada, Jangan lupa sang Pencipta"
Junior Eksekutif Sumber Manusia dan Pentadbiran

Nurul Alia Fatin binti Idris
"Dalam hidup kalau tak mampu melihat hal yang salah, kamu tak akan mampu tahu bagaimana cara yang benar"
Junior Eksekutif Akaun dan Kewangan

Afifah binti Hamizan
"Life is like Accounting , Everything must be Balanced"
Pembantu Akaun

Wan Nur Syafiqah binti Mior Ahmad Nizar
"Hidup adalah perjuangan. "Saat kamu sudah mencapai di puncak sebuah gunung, akan ada gunung yang lebih tinggi untuk ditaklukkan"
Junior Eksekutif Jualan dan Khidmat Pelanggan

Nurul Ashikin binti Badul Muhisam
"It does not do dwell on dreams and forget to live"
Junior Eksekutif Jualan dan Khidmat Pelanggan

Nazifatun Nadirah binti M Yusof
"Usah dipikul bebanan kehidupan nescaya, kamu tidak akan mampu Sebaliknya, serahkan ia kepada Pemilik Kehidupan nescaya, kamu akan berbahagia menjalaninya"
Junior Pereka Grafik dan Pengurus Laman Web

Nasibah binti Mohd Yusoff
"Success is best when shared as a team"
NILAI KAMI TERAPKAN
Nilai Kami
Tanggungjawab
Kerjasama
Kreatif
Realistik
pelbagai KERJASAMA DAN USAHASAMA
Rakan Kolaborasi Kami














