KELAS MENGAJI PERSONAL
Ramai yang sangat suka kelas mengaji ONLINE sebab JIMAT DUIT, JIMAT MASA, JIMAT TENAGA.
Jadual Kelas FLEKSIBAL & TAK RASA MALU.
Assalamualaikum
Akademi Al-Quran Easy Ngaji adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang komited dalam menawarkan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian al-Quran. Lebih 10,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami dan mendapat manfaatnya sejak 2014. Malah ada yang sudah mahir membaca al-Quran dan khatam berulang kali walaupun bermula daripada zero!
Anda ada impian untuk lancar bacaan asas al-Quran dan mampu baca sendiri dengan yakin?
Tapi anda mempunyai masalah di bawah?
Anda nak ikuti kelas mengaji tetapi ada masalah kekangan jarak dan masa?
Tak perlu lagi risau nak belajar mengaji
Kelas Mengaji Personal ini dijalankan secara online. Mudah sahaja.
Pilih pakej pilihan anda dan hubungi je kami
Di Easy Ngaji, kelas Kelas Mengaji Personal secara online ini kami lancarkan untuk bantu Tuan/Puan dalam baiki dan lancarkan bacaan al-Quran tanpa rasa segan dan malu lagi untuk belajar al-Quran di khalayak ramai.
Dengan izin Allah, ini adalah salah satu alternatif yang kami wujudkan untuk bantu lebih ramai lagi boleh membaca al-Quran. Kami berharap dengan Kelas Mengaji Personal ini dapat membantu bukan sahaja Tuan/Puan tetapi Tuan/Puan mampu untuk bawa suasana al-Quran di dalam keluarga. Besar manfaatnya nanti.
KELAS TRIAL ONLINE PERCUMA 30 MINIT
Rasai pengalaman sebenar kelas mengaji personal online bersama guru Easy Ngaji. Terbuka untuk semua tahap pembelajaran. Klik link di bawah.
Belajar Mengenal Huruf
Belajar Asas Al-Quran
Belajar Tajwid Al-Quran
Talaqqi Al-Quran Khatam 30 Juzuk
Semak Bacaan Satu Per Satu
Kenapa mesti ikuti kelas dengan Easy Ngaji?
Sesi Konsultasi Untuk Mengenalpasti Tahap Pembelajaran
Guru-guru kami sedia membantu anda mengenalpasti tahap pembelajaran melalui kelas trial percuma selama 30 minit.
Pembelajaran Yang Mudah & Ringkas
Pembelajaran secara mudah & ringkas. Melalui setiap sesi, guru akan bantu untuk baiki setiap bahagian sahaja agar anda fokus dan mudah faham.
Kelas Seorang Sahaja
Anda tak perlu lagi risau dan malu bila ada orang lain dengar anda tak pandai baca al-Quran. Kini, anda boleh belajar secara personal dan lebih mudah faham.
Anda Boleh Bertanya Soalan Bila-bila Sahaja
Dengan konsep Kelas Mengaji Personal ini, anda boleh bertanya soalan bila-bila masa sahaja dengan ustaz ataupun ustazah yang membimbing anda.
Khidmat Pelanggan
Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan untuk memastikan kepuasan dan keselesaan pelajar.
Group Support WhatsApp Disediakan
Aktif dengan makluman kelas, info semasa dan perbincangan antara pelajar dan guru.
Modul Akan Disediakan
Kami akan pastikan anda tidak hanya ikuti kelas tanpa sebarang nota. Kami akan bekalkan kepada anda modul yang lengkap dengan nota untuk bantu anda lebih mudah faham.
Sijil Penyertaan Disediakan
Setelah tamat setiap sesi pembelajaran, anda akan menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian anda dalam kelas mengaji ini.
Di dalam kelas ini, anda boleh belajar
Usah Khuatir
Ini adalah suasana kelas online kami
Apa Kata Pelajar
Feedback Pelajar Kami
Apa yang kami ingin tawarkan kepada anda
KELAS MENGAJI PERSONAL (ONLINE)
Pakej Kelas Mengaji Personal (Online) ini adalah kelas yang khusus kepada individu yang suka kelas personal atau persendirian hanya dari rumah. Hari dan masa untuk kelas boleh dipilih dan kami akan carikan guru yang boleh mengajar mengikut masa dan hari tersebut.
Pelajar yang Tetapkan Topik Pembelajaran yang Hendak Dipelajari
PAKEJ A
- Kelas akan berlangsung 8 sesi sebulan
- 1 sesi bersamaan 10 minit kelas
10 min x 8 sesi
Yuran Pendaftaran + e-Modul: RM35
Yuran Bulanan: RM65
PAKEJ B
- Kelas akan berlangsung 4 sesi sebulan
- 1 sesi bersamaan 30 minit kelas
30 min x 4 sesi
Yuran Pendaftaran + e-Modul: RM35
Yuran Bulanan: RM100
PAKEJ D
- Kelas akan berlangsung 12 sesi sebulan
- 1 sesi bersamaan 30 minit kelas
30 min x 12 sesi
Yuran Pendaftaran + e-Modul: RM35
Yuran Bulanan: RM280
PAKEJ C
- Kelas akan berlangsung 3 sesi sebulan
- 1 sesi bersamaan 1 jam kelas
1 jam x 3 sesi
Yuran Pendaftaran + e-Modul: RM35
Yuran Bulanan: RM150
Nota: Sekiranya ada permintaan daripada pelajar untuk pertambahan masa atau sesi, jumlah yuran juga akan ditambah dengan kadar RM50 sejam.
Pelbagai Pilihan Pembelajaran Yang Boleh Dipelajari
Kelas Asas Al-Quran
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar asas al-Quran dan huruf hijaiyyah
Kelas Asas Tajwid
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar hukum asas tajwid seperti hukum nun mati
Kelas Tajwid Lanjutan
- sesuai untuk mereka yang ingin belajar tajwid atau makhraj dan sifat huruf yang lebih mendalam
Kelas Lancar Surah Pilihan & Tadarus
- sesuai untuk mereka yang mahu lancar baca surah dan boleh bertadarus dengan yakin ketika baca al-Quran
Kelas Asas Hafazan Juzuk 30
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar menghafaz surah -surah dalam Juzuk 30
Kelas Asas Hafazan Juzuk 29
- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 29
Kelas Asas Hafazan Juzuk 28
- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 28
Kelas Hafazan Surah Pilihan
- sesuai untuk mereka yang nak belajar menghafaz surah -surah pilihan seperti surah al-Mulk, al-Insan, al-Waqi’ah, as-Sajdah, al-Kahfi (ayat 1-10 & 100-110) dan ar-Rahman
Kelas Tadabbur
- sesuai untuk mereka yang ingin memahami dan menghayati makna serta hikmah di sebalik ayat-ayat suci al-Quran
Kelas 3T (Tajwid, Talaqi & Tadabbur)
- sesuai untuk mereka yang ingin belajar Tajwid, Talaqi & Tadabbur al-Quran secara komprehensif
Perjalanan Pembelajaran Asas Al-Quran di Easy Ngaji
AL-QURAN
Smart Al-Fateh
Asas Al-Quran Jilid 1 & 2
Pembelajaran
- Fokus kepada 6 kemahiran Asas Bacaan Al-Quran
Anggaran Tempoh Masa
- 32 Jam
Topik Yang Dipelajari
- Mengenali 29 huruf hijaiyah dengan baik.
- Menguasai Bacaan Pendek
- Menguasai Bacaan Panjang (mad)
- Menguasai Bacaan Tanwin (berbaris dua)
- Menguasai Bacaan Sukun (mati)
- Menguasai Bacaan Sabdu (berganda)
- Menguasai Bacaan Lin (lunak)
Objektif Pembelajaran
- Pelajar dapat menguasai 6 kemahiran Asas Bacaan al-Quran
- Pelajar boleh membaca kalimah al-Quran secara perkalimah
- Pelajar dapat keyakinan untuk baca dengan kefahaman
- Pelajar akan mula lancar membaca pada tahap sederhana
Smart Al-Fateh
Asas Tajwid Jilid 1 & Lancar Surah Pilihan
Pembelajaran
- Fokus kepada pembelajaran tajwid melalui Simbol, 70% Praktikal Bacaan dan Lancar 5 Surah Pilihan Dengan Teknik Perkata
Anggaran Tempoh Masa
- 64 Jam
Topik Yang Dipelajari
- Pengenalan & Nama-nama Huruf Hijaiyyah
- Struktur Asas Makhraj Huruf
- 2 Bacaan Alif Lam
- 5 Bacaan Nun Sukun dan Tanwin
- 3 Bacaan Mim Mati
- 14 Bacaan Mad
- Bacaan Huruf Muqatta’ah
- Bacaan Tanda Waqof
- Bacaan Lafzul Jalalah
- Bacaan Iltiqo’ Sakinain
- Lancar 5 Surah Pilihan
Objektif Pembelajaran
- Pelajar dapat menguasai MAKHRAJ iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan
- Pelajar dapat menguasai MENGUASAI TEKNIK BACAAN & CARA BACAAN di dalam ayat al-Quran seperti NUN, MIM & SEBAGAINYA
- Pelajar dapat menguasai KEMAHIRAN MENGUASAI kepelbagaian bacaan seperti bacaan tanwin bertemu sukun
- Pelajar dapat menguasai KEUPAYAAN MENGUASAI tanda bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan
Smart Al-Fateh
Asas Talaqi & Asas Tajwid 2
Pembelajaran
- Fokus kepada Proses Semakan Bacaan hingga Khatam Al-Quran Secara Bertajwid
Anggaran Tempoh Masa
- 240 Jam
Topik Yang Dipelajari
- Pengenalan Konsep Talaqi Musyafahah dan Dalil Al-Quran & Hadith Berkenaan Pembacaan Al-Quran
- Peringkat Penurunan Al-Quran dan Tatacara Pelaksanaan Kelas Talaqi
- Kesalahan Nyata Dan Kesalahan Tersembunyi
- Panduan Tanda Waqaf Dan Tanda Bacaan Di Dalam Al-Quran Al-Karim Karya Bestari
- Pelajaran Asas Tajwid 2
Objektif Pembelajaran
- Pelajar akan mendapat KEMAHIRAN MEMBACA bacaan al-Quran secara bertajwid
- Pelajar akan mendapat MENGUASAI teori hukum tajwid secara lebih terperinci
- Pelajar akan belajar dengan kaedah BACA, DENGAR dan SEMAK
- Pelajar akan memahami Konsep BACAAN SECARA INDIVIDU yanag dapat memberi keyakinan bacaan yang tinggi
Nota: Anggaran Tempoh Masa bergantung kepada kadar kemampuan pelajar & disiplin kehadiran
Perjalanan Pembelajaran Asas Hafazan Al-Quran di Easy Ngaji
Smart Al-Fateh
Asas Hafazan Juzuk 30
Pembelajaran
- Fokus kepada kemahiran menghafaz Juzuk 30 dengan Teknik 5 Jari
Anggaran tempoh Masa
- 114 Jam
Smart Al-Fateh
Asas Hafazan Juzuk 29
Pembelajaran
- Fokus kepada kemahiran menghafaz Juzuk 29 dengan Teknik 5 Jari
Anggaran tempoh Masa
- 64 Jam
Smart Al-Fateh
Asas Hafazan Juzuk 28
Pembelajaran
- Fokus kepada kemahiran menghafaz Juzuk 28 dengan Teknik 5 Jari
Anggaran tempoh Masa
- 54 Jam
Smart Al-Fateh
Asas Hafazan Surah Pilihan
Pembelajaran
- Fokus kepada kemahiran menghafaz Surah Pilihan dengan Teknik 5 Jari
Anggaran tempoh Masa
- 53 Jam
Objektif Pembelajaran :
- Pelajar akan mendapat keupayaan membaca al-Quran secara bertajwid
- Pelajar akan mendapat Kemahiran menguasai perkaitan isi kandungan penting setiap setiap surah secara holistik iaitu kedudukan surah dari segi juzuk, bilangan ayat, penurunan surah, asbabun nuzul, pengajaran ayat dan juga isi penting
- Pelajar akan mampu mampu membaca dan menghafaz ayat al-Quran
- Pelajar akan mendapat kemahiran mengingat turutan ayat dan surah
- Pelajar akan mendapat kemampuan mengulang bacaan hafalan dalam solat
Topik yang akan dipelajari ialah :
- Pengenalan Konsep Hafazan Teknik 5 Jari
- Memahami Latar Belakang Setiap Surah
- Menyemak Proses Hafalan Dengan Menggunakan Roda Hafalan
- Melatih Hafalan Dengan Latihan Di dalam Workbook
Nota: Anggaran Tempoh Masa bergantung kepada kadar kemampuan pelajar & disiplin kehadiran
Pelbagai Pilihan Platform Pembelajaran
Google Meet
Zoom Meeting
Pencapaian Kami
Pelajar Kelas Quran Online dari 4 Buah Negara
Kelas al-Quran online kami sangat terkenal dan disertai oleh individu dari pelbagai negara
MALAYSIA
INDONESIA
SINGAPURA