Ustaz Umair Al Wafi
Saya Ustaz Umair Al Wafi Bin Ramlan atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Umair Al Wafi.
Saya adalah salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas,Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari tahun 2023.
Saya berasal dari Melaka dan merupakan anak yang keempat daripada empat adik-beradik. Sekarang saya menetap di Jeram, Selangor.
PENDIDIKAN
Peringkat Awal
SRA Jaim Selandar, Jasin, Melaka.
Peringkat Menengah
Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah , Kajang.
Pengajian Tinggi
Diploma Pondok di Yuksek Tahsil Ogrenci Yurdu di Samsun, Turkiye dan Ahmediye Kemerburgaz Kursu di Istanbul, Turkiye.
PENGALAMAN
Saya sudah mengajar sejak tahun 2023. Saya juga masih aktif belajar dan mengajar bersama Easy Ngaji demi membentuk ummah yang celik al-Quran dan berakhlak baik. Pada masa ini saya telah berpengalaman mengajar seramai lebih 50 orang pelajar.





Sijil dan Penghargaan



Melalui perjalanan saya dalam tempoh belajar dan mengajar ini, saya ingin terus membantu lebih ramai orang mendekati al-Quran dengan cara yang mudah, berkesan dan penuh mahabbah. Impian dan harapan saya adalah untuk mlahirkan generasi yang bukan sahaja mampu membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik, malah memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Saya berharap agar ilmu yang saya kongsikan menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan, memberi manfaat kepada ramai insan dan menjadi saham akhirat yang bernilai di sisi Allah swt.