USTAZ NABIL
Saya Ustaz Muhamad Nabil Imran bin Sabri. Saya adalah salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari 2023. Saya berasal dari Taman Impiana Adril, Ipoh, Perak. Saya merupakan anak yang ke-3 dari 5 orang adik beradik. Dan kini saya menetap di kampung halaman sendiri.
PENDIDIKAN
Pendidikan Menengah
Maahad Tahfiz Al-Quran Attakamuli, Kuala Kangsar.
Peringkat STAM
Sekolah Menegah Agama Maahad Al-Mizan, Kuala Kangsar.
Pengajian Tambahan
Ijazah Saijana Muda dalam Pengajian Islam di Universiti Sultan Azlan Shah.
PENGALAMAN
Saya mula mengajar al-Quran pada tahun 2019 di tempat saya menuntut ilmu sendiri iaitu di Maahad Tahfiz Al-Quran Attakamuli sebagai pentasmik hafalan selama setahun sebelum melanjutkan pengajian ke universiti. Saya juga menjalani latihan industri selama 3 bulan di Maahad Tahfiz Al-Quran Assanaa’ Pantai Remis dan saya ditugaskan untuk menyemak hafalan pelajar.


Sijil dan Penghargaan



Video Mengajar
Impian dan harapan saya untuk membantu masyarakat Islam mahir dalam membaca al-Quran. Dan bersama-sama melahirkan masyarakat Islam yang berpegang dan mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah.