Akademi Al-Quran Easy Ngaji adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang komited dalam menawarkan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian al-Quran. Lebih 10,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami dan mendapat manfaatnya sejak 2014. Malah ada yang sudah mahir membaca al-Quran dan khatam berulang kali walaupun bermula daripada zero!
Anda ada impian untuk lancar bacaan asas al-Quran dan mampu baca sendiri dengan yakin?
Tapi anda mempunyai masalah di bawah?
Anda masih tak yakin dengan bacaan al-Quran khususnya bila baca sendiri?
Ambil masa bila baca al-Quran. Masih keliru nak bunyikan macam mana?
Anda malu dan segan nak belajar mengaji depan orang lain sebab takut banyak salah?
Anda nak ikuti kelas mengaji tetapi ada masalah kekangan jarak dan masa?
Tak perlu lagi risau nak belajar mengaji
Kelas Mengaji Personal ini dijalankan secara online. Mudah sahaja.
Pilih pakej pilihan anda dan hubungi je kami
Di Easy Ngaji, kelas Kelas Mengaji Personal secara online ini kami lancarkan untuk bantu Tuan/Puan dalam baiki dan lancarkan bacaan al-Quran tanpa rasa segan dan malu lagi untuk belajar al-Quran di khalayak ramai.
Dengan izin Allah, ini adalah salah satu alternatif yang kami wujudkan untuk bantu lebih ramai lagi boleh membaca al-Quran. Kami berharap dengan Kelas Mengaji Personal ini dapat membantu bukan sahaja Tuan/Puan tetapi Tuan/Puan mampu untuk bawa suasana al-Quran di dalam keluarga. Besar manfaatnya nanti.
Sesi Konsultasi Untuk Mengenalpasti Tahap Pembelajaran
Guru-guru kami sedia membantu anda mengenalpasti tahap pembelajaran melalui kelas trial percuma selama 30 minit.
Pembelajaran Yang Mudah & Ringkas
Pembelajaran secara mudah & ringkas. Melalui setiap sesi, guru akan bantu untuk baiki setiap bahagian sahaja agar anda fokus dan mudah faham.
Kelas Seorang Sahaja
Anda tak perlu lagi risau dan malu bila ada orang lain dengar anda tak pandai baca al-Quran. Kini, anda boleh belajar secara personal dan lebih mudah faham.
Anda Boleh Bertanya Soalan Bila-bila Sahaja
Dengan konsep Kelas Mengaji Personal ini, anda boleh bertanya soalan bila-bila masa sahaja dengan ustaz ataupun ustazah yang membimbing anda.
Khidmat Pelanggan
Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan untuk memastikan kepuasan dan keselesaan pelajar.
Group Support WhatsApp Disediakan
Aktif dengan makluman kelas, info semasa dan perbincangan antara pelajar dan guru.
Modul Akan Disediakan
Kami akan pastikan anda tidak hanya ikuti kelas tanpa sebarang nota. Kami akan bekalkan kepada anda modul yang lengkap dengan nota untuk bantu anda lebih mudah faham.
Sijil Penyertaan Disediakan
Setelah tamat setiap sesi pembelajaran, anda akan menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian anda dalam kelas mengaji ini.
Di dalam kelas ini, anda boleh belajar
Usah Khuatir
Ini antara hasil mereka yang sudah bersama kami
Apa yang kami ingin tawarkan kepada anda
KELAS MENGAJI PERSONAL (ONLINE)
Pakej Kelas Mengaji Personal (Online) ini adalah kelas yang khusus kepada individu yang suka kelas personal atau persendirian hanya dari rumah. Hari dan masa untuk kelas boleh dipilih dan kami akan carikan guru yang boleh mengajar mengikut masa dan hari tersebut.
Pelajar yang Tetapkan Topik Pembelajaran yang Hendak Dipelajari
PAKEJ A
Kelas akan berlangsung 3 sesi sebulan
1 sesi bersamaan 1 jam kelas
Yuran Pendaftaran: RM35
Yuran Bulanan: RM150
PAKEJ B
Kelas akan berlangsung 4 sesi sebulan
1 sesi bersamaan 30 minit kelas
Yuran Pendaftaran: RM35
Yuran Bulanan: RM100
Nota: Sekiranya ada permintaan daripada pelajar untuk pertambahan masa atau sesi, jumlah yuran juga akan ditambah dengan kadar RM50 sejam.
Pelbagai Pilihan Pembelajaran Yang Boleh Dipelajari
Kelas Asas Al-Quran
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar asas al-Quran dan huruf hijaiyyah
Kelas Asas Tajwid
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar hukum asas tajwid seperti hukum nun mati
Kelas Tajwid Lanjutan
- sesuai untuk mereka yang ingin belajar tajwid atau makhraj dan sifat huruf yang lebih mendalam
Kelas Lancar Surah Pilihan & Tadarus
- sesuai untuk mereka yang mahu lancar baca surah dan boleh bertadarus dengan yakin ketika baca al-Quran
Kelas Asas Hafazan Juzuk 30
- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar menghafaz surah -surah dalam Juzuk 30
Kelas Asas Hafazan Juzuk 29
- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 29
Kelas Asas Hafazan Juzuk 28
- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 28
Kelas Hafazan Surah Pilihan
- sesuai untuk mereka yang nak belajar menghafaz surah -surah pilihan seperti surah al-Mulk, al-Insan, al-Waqi’ah, as-Sajdah, al-Kahfi (ayat 1-10 & 100-110) dan ar-Rahman
Kelas Tadabbur
- sesuai untuk mereka yang ingin memahami dan menghayati makna serta hikmah di sebalik ayat-ayat suci al-Quran
Kelas 3T (Tajwid, Talaqi & Tadabbur)
- sesuai untuk mereka yang ingin belajar Tajwid, Talaqi & Tadabbur al-Quran secara komprehensif
Pelbagai Pilihan Platform Pembelajaran
Google Meet
Zoom Meeting
WhatsApp
Pencapaian Kami
Jumlah Pelajar
0
Jumlah Kelas
0
Tenaga Pengajar
0
Tahun Pengalaman
0
Cawangan
0
KELAS TRIAL ONLINE PERCUMA 30 MINIT
Rasai pengalaman sebenar kelas mengaji personal online bersama guru Easy Ngaji. Terbuka untuk semua tahap pembelajaran. Klik link di bawah.