KELAS MENGAJI PERSONAL

Nak tak kami bantu anda pandai baca al-Quran secara personal?​

Assalamualaikum

Akademi Al-Quran Easy Ngaji adalah sebuah pusat pengajian al-Quran yang komited dalam menawarkan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian al-Quran. Lebih 10,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami dan mendapat manfaatnya sejak 2014. Malah ada yang sudah mahir membaca al-Quran dan khatam berulang kali walaupun bermula daripada zero!

Anda ada impian untuk lancar bacaan asas al-Quran dan mampu baca sendiri dengan yakin?

Tapi anda mempunyai masalah di bawah?

Anda masih tak yakin dengan bacaan al-Quran khususnya bila baca sendiri
woman Quran
Ambil masa bila baca al-Quran. Masih keliru nak bunyikan macam mana
muslim quran-SAF3

Anda malu dan takut nak baca al-Quran sebab takut bila baca banyak salah?

muslim man Quran sad face

Anda nak ikuti kelas mengaji tetapi ada masalah kekangan jarak dan masa

gambar - 2

Tak perlu lagi risau nak belajar mengaji

Kelas Mengaji Personal ini dijalankan secara online dan bersemuka. Mudah sahaja.

Pilih pakej pilihan anda dan hubungi je kami

Di Easy Ngaji, kelas Kelas Mengaji Personal ini kami lancarkan untuk bantu Tuan/Puan dalam baiki dan lancarkan bacaan al-Quran tanpa rasa segan dan malu lagi untuk belajar al-Quran.

Dengan izin Allah, ini adalah salah satu alternatif yang kami wujudkan untuk bantu lebih ramai lagi boleh membaca al-Quran. Kami berharap dengan Kelas Mengaji Personal ini dapat membantu bukan sahaja Tuan/Puan tetapi Tuan/Puan mampu untuk bawa suasana al-Quran di dalam keluarga. Besar manfaatnya nanti.

Belajar Mengenal Huruf

huruf hijaiyah

Belajar Asas Al-Quran

asas bacaan

Belajar Tajwid Al-Quran

Makraj-Huruf -2

Talaqqi Al-Quran Khatam 30 Juzuk

Kelas Mengaji Kanak-kanak Personal

Semak Bacaan Satu Per Satu

photo_2025-03-21_16-13-37

Kenapa mesti ikuti kelas dengan Easy Ngaji?

Sesi Konsultasi Untuk Mengenalpasti Tahap Pembelajaran

Guru-guru kami sedia membantu anda mengenalpasti tahap pembelajaran melalui kelas trial percuma selama 30 minit.

Pembelajaran Yang Mudah & Ringkas

Pembelajaran secara mudah & ringkas. Melalui setiap sesi, guru akan bantu untuk baiki setiap bahagian sahaja agar anda fokus dan mudah faham.

Kelas Seorang Sahaja

Anda tak perlu lagi risau dan malu bila ada orang lain dengar anda tak pandai baca al-Quran. Kini, anda boleh belajar secara personal dan lebih mudah faham.

Anda Boleh Bertanya Soalan Bila-bila Sahaja

Dengan konsep Kelas Mengaji Personal ini, anda boleh bertanya soalan bila-bila masa sahaja dengan ustaz ataupun ustazah yang membimbing anda.

Khidmat Pelanggan

Pegawai Khidmat Pelanggan kami sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan untuk memastikan kepuasan dan keselesaan pelajar.

Group Support WhatsApp Disediakan

Aktif dengan makluman kelas, info semasa dan perbincangan antara pelajar dan guru.

Modul Akan Disediakan

Kami akan pastikan anda tidak hanya ikuti kelas tanpa sebarang nota. Kami akan bekalkan kepada anda modul yang lengkap dengan nota untuk bantu anda lebih mudah faham. 

Sijil Penyertaan Disediakan

Setelah tamat setiap sesi pembelajaran, anda akan menerima sijil penyertaan sebagai pengiktirafan atas usaha dan pencapaian anda dalam kelas mengaji ini.

Di dalam kelas ini, anda boleh belajar

Usah Khuatir

Ini hasil mereka yang sudah bersama kami

photo_2025-03-21_16-47-09
photo_2025-03-21_16-48-23
Kelas Mengaji Dewasa Personal
photo_2025-03-21_16-45-21
Kelas Mengaji Kanak-kanak Secara Bersemuka

Apa yang kami ingin tawarkan kepada anda

KELAS MENGAJI PERSONAL

Pakej Kelas Mengaji Personal ini adalah kelas yang khusus kepada individu yang suka kelas personal atau persendirian. Hari dan masa untuk kelas boleh dipilih dan kami akan carikan guru yang boleh mengajar mengikut masa dan hari tersebut.

Pelajar yang Tetapkan Topik Pembelajaran yang Hendak Dipelajari

read

PAKEJ A

Yuran Pendaftaran: RM35

Yuran Bulanan: RM150

children

PAKEJ B

Yuran Pendaftaran: RM35

Yuran Bulanan: RM100

Nota: Sekiranya ada permintaan daripada pelajar untuk pertambahan masa atau sesi, jumlah yuran juga akan ditambah dengan kadar RM50 sejam.

Pelbagai Pilihan Pembelajaran Yang Boleh Dipelajari

Modul Asas Bacaan SAF 1 & 2

Kelas Asas Al-Quran

- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar asas al-Quran dan huruf hijaiyyah

Pakej Asas Tajwid

Kelas Asas Tajwid

- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar hukum asas tajwid seperti hukum nun mati

Modul Tajwid Lanjutan

Kelas Tajwid Lanjutan

- sesuai untuk mereka yang ingin belajar tajwid atau makhraj dan sifat huruf yang lebih mendalam

Modul Lancar Surah Pilihan & Asas Tadarus

Kelas Lancar Surah Pilihan & Tadarus

- sesuai untuk mereka yang mahu lancar baca surah dan boleh bertadarus dengan yakin ketika baca al-Quran

Modul Asas Hafazan Juzuk 30

Kelas Asas Hafazan Juzuk 30

- sesuai untuk mereka yang baru mula nak belajar menghafaz surah -surah dalam Juzuk 30

Modul Asas Hafazan Juzuk 29

Kelas Asas Hafazan Juzuk 29

- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 29

Modul Asas Hafazan Juzuk 28

Kelas Asas Hafazan Juzuk 28

- sesuai untuk mereka yang nak menghafaz surah -surah dalam Juzuk 28

Modul Asas Hafazan Surah Pilihan

Kelas Hafazan Surah Pilihan

- sesuai untuk mereka yang nak belajar menghafaz surah -surah pilihan seperti surah al-Mulk, al-Insan, al-Waqi’ah, as-Sajdah, al-Kahfi (ayat 1-10 & 100-110) dan ar-Rahman

Quran Tadabbur

Kelas Tadabbur

- sesuai untuk mereka yang ingin memahami dan menghayati makna serta hikmah di sebalik ayat-ayat suci al-Quran

Modul 2T

Kelas 3T (Tajwid, Talaqi & Tadabbur)

- sesuai untuk mereka yang ingin belajar Tajwid, Talaqi & Tadabbur al-Quran secara komprehensif

Pencapaian Kami

Jumlah Pelajar
0
Jumlah Kelas
0
Tenaga Pengajar
0
Tahun Pengalaman
0
Cawangan
0

KELAS TRIAL PERCUMA 30 MINIT

Rasai pengalaman sebenar kelas mengaji personal bersama guru Easy Ngaji. Terbuka untuk semua tahap pembelajaran. Klik link di bawah.