KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR
Smart Al-Fateh Aktiviti Asas Hafazan Juzuk 28 Jilid 2
Modul Aktiviti Hafazan Smart Al-Fateh (SAF) Juzuk 28 ini adalah merupakan siri latihan bagi Modul Hafazan Smart Al Fateh Juzuk 28 yang mempunyai beberapa elemen pembelajaran visual, auditori, kinestatik seperti carta jari, roda hafalan dan jadual pengulangan hafalan solat 5 waktu. Antara objektif yang ingin dicapai adalah:
- Membantu pelajar menguatkan hafalan juzuk 28 dengan kaedah yang berkesan dan menyeronokkan.
- Membantu pelajar memahami isi penting surah untuk dijadikan panduan dalam kehidupan.
- Meningkatkan kemahiran membaca, menghafaz, menulis, mengetahui makna kalimah dan mengetahui hukum tajwid bagi setiap surah.
- Memberikan bahan bantu belajar yang mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif bagi guru dan pelajar.
Teknik Pengajaran Modul Aktiviti Hafazan Smart Al-Fateh
Pendekatan asas yang digunakan di dalam modul ini adalah bimbingan guru secara dekat terhadap pelajar bagi setiap aktiviti latihan. Penumpuan terhadap setiap kemahiran dengan konsep “fun learning” beserta dengan tambahan pelbagai aktiviti kreativiti yang lain dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap hafazan surah.
Mengikuti kursus dan pelatihan yang disediakan amat penting bagi mendapatkan kesan yang terbaik dalam penggunaan Modul Praktis Siri Hafazan Smart Al-Fateh ini.
Boleh didapati dalam bentuk e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.