KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR
Smart Al-Fateh Aktiviti Asas Tajwid Jilid 2
Buku Smart Al-Fateh Jilid 2 ini merupakan jilid 2 daripada 2 jilid bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang menekankan prinsip yang perlu dikuasai oleh seseorang untuk boleh membaca Al-Quran. Asas-asas tersebut ialah:
• KEMAHIRAN membaca tanda baris atas, bawah dan hadapan (fathah, kasroh, dhommah)
• KEMAHIRAN menguasai tanda dua baris bacaan (tanwin)
• KEUPAYAAN mengenal tanda bacaan panjang (mad)
• KEMAMPUAN membaca tanda bacaan mati (sukun)
• KEMAHIRAN menguasai tanda bacaan berganda (sabdu)
• KEUPAYAAN menguasai bacaan asas tajwid
Teknik Pengajaran Teknik Al-Fateh
Buku Smart Al-Fateh ini menerapkan pembelajaran secara mudah mengikut tahap kemampuan pelajar. Bermula dengan pengenalan huruf hijaiyyah dari segi sebutan yang tepat dan bunyi bacaan baris atas bagi kesemua huruf. Teknik yang digunakan adalah teknik lihat, sebut dan ulang. Kaedah pengulangan yang berlaku adalah mengikut pola yang tertentu dengan kadar pengulangan sekurang-kurangnya 7 kali bagi setiap bacaan. Kaedah tanda kiraan harakat pada bahagian atas kalimah dapat memastikan harakat bacaan lebih tepat dan membantu pelajar mendapatkan bacaan yang tartil.
Boleh didapati dalam bentuk modul fizikal atau emodul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.