KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR
Smart Al-Fateh Asas Hafazan Juzuk 28 (Jilid 2)
Buku Program Siri Hafazan Smart Al-Fateh ini merupakan bahan kemahiran hafazan yang mempunyai beberapa siri mengikut juzuk dan surah pilihan. Antara prinsip yang perlu ditekankan bagi seseorang yang ingin menguasai hafazan ialah:
- Keupayaan membaca Al-Quran secara bertajwid
- Kemahiran menguasai perkaitan isi kandungan penting setiap setiap surah secara holistik iaitu kedudukan surah dari segi juzuk, bilangan ayat, penurunan surah, asbabun nuzul, pengajaran ayat dan juga isi penting.
- Kemampuan membaca dan menghafaz ayat Al-Quran.
- Kemahiran mengingat turutan ayat dan surah.
- Kemampuan mengulang bacaan dalam solat.
Teknik Pengajaran Hafazan Smart Al-Fateh
Modul Hafazan Smart Al-Fateh ini menerapkan pembelajaran hafazan secara mudah mengikut tahap dan kemampuan pelajar. Bermula dengan proses semakan bacaan sehingga hafalan ayat bersama-sama guru. Selain itu, teknik gundalan angka 5 menggunakan jari memudahkan proses hafalan ayat secara sistematik dan berdisiplin. Sebagai latihan pengulangan yang baik pula, teknik pengulangan hafalan solat 5 waktu perlu digunakan secara konsisten bagi menjamin hafalan jangkamasa pendek dan panjang. Mengikuti kursus dan pelatihan yang disediakan amat penting bagi mendapatkan kesan yang tebaik dalam penggunaan siri Hafazan Smart Al Fateh ini.
Boleh didapati dalam bentuk modul fizikal atau e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.