Ustaz Aidil Ikhwan - Easy Ngaji

Ustaz Aidil Ikhwan

Saya Mohamad Aidil Ikhwan Bin Mohd Hatta atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Aidil Ikhwan, merupakan salah seorang guru Al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari 2026. Saya juga berpengalaman dalam mengajar dalam bidang agama dan fardhu ain.

PENDIDIKAN

Peringkat Menengah

SMK Bandar Rinching

Pengajian Tinggi

Diploma Mechanical Engineering, Politeknik Banting, Selangor

Pengajian Tinggi

Ijazah Pengajian Islam, Open University Malaysia

Pengajian Tambahan

Kitab-kitab Turath dan Bahasa Arab, Pondok Zawiyyah Al-Futuh Malim Nawar, Perak

Pengajian Tambahan

Syariah dan Pengajian Islam, Dar Mustofa Tarim Hadramaut Yaman

PENGALAMAN

Saya berpengalaman bekerja sebagai tenaga pengajar dan pengurusan di Pusat Pengajian Al-Quran Al Baghdadi Pekan Semenyih, Selangor pada 2020.

Kemudian bekerja sebagai tenaga pengajar dan pengurusan di Zawiyyah Al Futuh Malim Nawar, Perak pada November 2024 sehingga November 2025.

Sekarang saya adalah pengajar sepenuh masa di Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi Tapah, Perak & mutawif separuh masa di Syarikat Travel Umrah Ikhlas.com.

Saya adalah pengajar kuliah masjid dan surau bertauliah di Negeri Perak dan juga Negeri Sembilan. Saya juga merupakan seorang guru takmir.

Sijil dan Penghargaan

Video Mengajar

Ustaz Aidil Ikhwan - Easy Ngaji

Semoga ilmu Al-Quran dan Fardhu Ain yang saya curahkan ini tertanam kemas dalam jiwa setiap pendengar, membentuk akhlak mulia, serta menjadi panduan hidup yang membawa keberkatan di dunia dan keredaan Allah di akhirat. Harapan saya agar mereka terus istiqamah mengamalkannya demi masa depan ummah.