USTAZ DZUNNUN
Saya Muhammad Dzunnun bin Mohd Nazir atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Dzunnun, merupakan guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran mengajar al-Quran daripada peringkat asas mengenal huruf sehingga pelajar mampu membaca al-Quran dengan makhraj dan sifat yang betul.
PENDIDIKAN
Peringkat Menengah (SPM & STAM)
Sekolah Menengah Agama Parit Raja (SMAPR)
Pengajian Tinggi
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
PENGALAMAN
Saya sudah mengajar beberapa tahun di Pusat Qiraati Darul Ilmi, Nak Pandai Mengaji Education Center. Sekarang saya juga aktif mengajar di Easy Ngaji dan bersiaran secara langsung dalam program percuma Moh Belajar Tajwid di platform Facebook Easy Ngaji pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.00 pagi – 12.30 tengah hari. Saya juga berkongsi konten-konten ilmiah dan bermanfaat di platform TikTok untuk orang awam.


Sijil dan Penghargaan






Video Mengajar
Saya berharap dengan ilmu yang saya beri, dapat melahirkan masyarakat yang celik huruf dan mampu membaca al-Quran dengan betul dari segi makhraj, sifat dan hukum-hukum tajwid yang lain.