Salam perkenalan daripada saya…

USTAZ HADI TAJUL

Saya Abdul Hadi bin Tajul Azli atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hadi. Saya seorang guru al-Quran professional dan merupakan ketua tenaga pengajar di Akademi Al-Quran Easy Ngaji di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn Bhd. Saya juga adalah Pengarang Siri Modul Tajwid Lanjutan & Tahsin Bacaan Easy Ngaji.

Saya dan Team Easy Ngaji komited dalam menjalankan kelas, program, seminar dan bengkel untuk tutor bagi mengembangkan ilmu pendidikan al-Quran kepada masyarakat yang mahu membaca atau mengajar al-Quran dengan baik.

Saya juga merupakan Peneraju Siri Seminar dan Kelas Mastery Tajwid Online.

PENDIDIKAN

Pendidikan Awal

Sekolah Rendah Kebangsaan Perpaduan, Ipoh, Perak.

Peringkat Menengah

Sekolah Menengah Agama Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak.

Pengajian Tinggi

Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak dalam bidang Syariah (Pengajian Islam)

Pengajian Bahasa Arab

Pusat Pengajian "Markaz Lughat" Kaherah Mesir.

Pengajian Tambahan

Kursus Hafazan Neurofisiologi dan Kursus Asas Tajwid.

Pengajian Tambahan

Sijil Perguruan Al-Quran dalam bidang Ulum Quran, Qiraat, Tarannum, Dhabtul Quran dan Rasm Uthmani, dan Ilmu Tajwid.

Pengajian Tambahan

Sanad bacaan Al-Quran 30 juzuk daripada Sheikh Hassan Rejab, Egypt Mesir dalam pengkhususan Riwayat Hafs Qiraat ‘Asim Al-kufi dalam Thoriq Shatibiyyah.

PENCAPAIAN

Modul yang telah dibangunkan oleh saya dan Team Easy Ngaji adalah Modul Siri Tajwid Lanjutan dan Siri Tahsin Bacaan. Antara modul Siri Tajwid Lanjutan adalah Advance My Tajwid (AMYTO), Formula Easy Tajwid (FET), Mastery Makhraj & Sifat Huruf (MMSH), Mastery Ro, Mastery Bacaan Huruf Muqotto’ah dan lain-lain. Manakala modul Siri Tahsin Bacaan adalah Murattal Jiharkah, Baca Al-Fatihah Gaya Pro, Improve Bacaan Al-Waqi’ah, Baiki Bacaan Ad-Dhuha, Jom Upgrade Bacaan Edisi Surah2 Pilihan dan sebagainya. 

Insya-Allah di Easy Ngaji, beberapa modul baru akan dibangunkan berterusan dari semasa ke semasa dalam bentuk fizikal mahupun digital. Nantikan!

Kini saya masih aktif membuat siaran langsung pada setiap 8.30 pagi melalui Tik Tok Easy Ngaji dengan kaedah berkongsi bacaan al-Quran dan perkongsian ilmu tajwid. Selain itu, video live direkod dan disiarkan di halaman Youtube Easy Ngaji

Saya juga merupakan guru jurulatih bagi pelatihan guru al-Quran “Road to Guru Tajwid (RTGT)” Easy Ngaji.

PENGALAMAN

Guru al-Quran sejak tahun 2017 bermula di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Tambun, Ampang, Tanjung Rambutan dan Station 18 Ipoh secara online dan offline.

Mengendalikan siri Seminar dan Kelas Tajwid Lanjutan & Tahsin Bacaan di Akademi Easy Ngaji sehingga kini.

Perkongsian-perkongsian santai yang melibatkan tentang Quran di platform media sosial Easy Ngaji seperti Facebook, Tik Tok & Youtube.

Ketua tenaga pengajar dan guru jurulatih bagi pelatihan guru al-Quran "Road to Guru Tajwid (RTGT)" Easy Ngaji.

Saya berpengalaman mengendalikan beberapa seminar seperti Improve My Fatihah, Seminar Makhraj dan Sifat Huruf, Seminar Rahsia Simbol, Tadarus Quran, Seminar Tarannum Murattal dan juga perkongsian-perkongsian santai yang melibatkan tentang Quran. Saya juga berpengalaman mengendalikan kelas-kelas seperti talaqqi am, kelas intensif tajwid, kelas Mastery Makhraj dan Sifat Huruf.

Alhamdulilah atas izin Allah, saya dapat berkongsi ilmu ini kepada ramai orang dan ianya melibatkan ribuan  pelajar atau peserta sejak dari tahun 2017. Pada masa yang sama saya juga masih mengikuti pengajian-pengajian yang berkaitan dengan bidang al-Quran seperti kelas qiraat dan seumpamanya dengan tujuan menambah pengetahuan dan dapat membantu saya untuk berkongsi kepada para pelajar berdasarkan ilmu yang saya perolehi.

SIJIL DAN PENGHARGAAN

Siri Modul Tajwid Lanjutan & Tahsin Bacaan

USTAZ HADI

Impian dan harapan saya ialah, semoga secebis ilmu yang saya miliki ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya khusus buat diri sendiri dan harapan saya juga ialah ilmu ini dapat dikongsi  kepada masyarakat dan sekaligus dapat  membantu masyarakat diluar sana yang amat dahagakan ilmu berkaitan Al-Quran ini. Semoga ia menjadi bekalan akhirat saya. Akhir kata, buat yang sedang membaca ini, semoga anda sentiasa dalam rahmat ALLAH, sentiasa istiqamah dalam segala amal, semoga Al-Quran ini menjadi syafaat buat kita kelak. Amin ya rabb. 

Ustaz Hadi
× Apa yang kami boleh bantu?