USTAZ HAFIZUDDIN

USTAZ HAFIZUDDIN

Saya adalah salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al-Quran sejak dari 2023. Saya berasal dari Batu 9 lekir, Setiawan, Perak. Saya merupakan anak yang ke-2 dari 4 orang adik beradik. Dan kini saya menetap di Nilai, Negeri Sembilan.

PENDIDIKAN

Peringkat Menengah I

Sekolah Pelajaran Malaysia Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung.

Peringkat Menengah II

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Agama Ta'alim, Seri Manjung, Perak.

Pengajian Tinggi

Ijazah Sarjana Muda Quran Dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia

PENGALAMAN

Pengalaman saya mengajar al-Quran adalah bermula pada tahun 2018 sebagai guru ganti di Sekolah Agama Rakyat Nurul Syahadah. Saya mula berkecimpung dalam bidang pendidikan hasil dorangan ibu saya yang juga merupakan bekas guru KAFA. 

Pada 14 Febuari 2022, saya ditempatkan di Mahaad Tahfiz Madrasatul Maarif Kg. Panchor, Pantai Remis, Perak. Di sini saya merupakan Quran Tahfiz Al-Quran dan Dinniah sehingga memperoleh pelbagai pengalaman dan kenangan, pahit dan manis mendidik dan mengajar ilmu kepada murid-murid yang berbagai karenah dan ragam. Saya belajar erti sabar dan tabah dalam mendidik ketika ditugaskan menjadi guru tasmik dan warden di sini. 

Kini saya masih belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada lebih kurang 15 orang murid secara online dan offline.

Sijil dan Penghargaan

Video Mengajar

USTAZ HAFIZUDDIN

Impian dan harapan saya untuk membantu masyarakat Islam mahir dalam membaca al-Quran malah menghafaz dan mengamalkan nya dalam kehidupan seharian hingga menjadikan al-Quran umpama air yang mana tanpa air manusia tidak akan hidup. Dan bersama-sama melahirkan masyarakat Islam yang berpegang dan mengamalkan al-Quran dan as-Sunnah.

× Apa yang kami boleh bantu?