USTAZ LUQMAN ABAS

Saya Ustaz Muhammad Luqman Alhakim bin Mohd Abas atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Luqman Abas, merupakan salah seorang guru Al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar Al Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al Quran sejak dari bulan Julai tahun 2024. Saya juga berpengalaman dalam mengajar dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama. 

PENDIDIKAN

Peringkat Menengah

Sekolah Agama Menengah Rawang, Selangor

Peringkat Menengah

Sekolah Menengah Agama Kuala Kubu

Pengajian Tinggi

Sarjana Muda Ilmu Wahyu Islam dan Warisan (Usul al-Din dan Perbandingan Agama) dengan Kepujian, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

PENGALAMAN

Saya pernah menjadi guru di Sekolah Rendah Islam Integrasi Pintar Saujana Utama untuk subjek Sirah, Akhlak, Hafazan dan Tauhid pada Januari 2024 hingga April 2024 serta ditugaskan untuk mengendali kelas bagi persediaan UPKK dan PSRA. Di samping itu, saya berpengalaman sebagai guru ganti di salah sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra pada September 2023 sehingga Oktober 2023, dan pernah menjalani latihan industri di Akademi Fateh Hakim. Di pusat pengajian tersebut, saya memikul tanggungjawab sebagai guru untuk beberapa subjek, menjana laman web dan terlibat penuh dalam aktiviti sukan memanah dan jurutera robotik pada pada setiap hari Sabtu untuk kelas berkenaan.

Sijil dan Penghargaan

Video Mengajar

Impian dan harapan saya untuk membantu masyarakat Islam mahir membaca Al Quran serta bersama-sama mewujudkan masyarakat dan umat Islam hidup berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Bacalah Al Quran dengan hati yang lapang dan jiwa yang tenang, karena di balik setiap huruf yang dibaca terdapat keajaiban yang luar biasa.

× Apa yang kami boleh bantu?