Saya Ustaz Al-Shahroliman merupakan salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran daripada peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari Disember 2019. Saya berasal dari Ipoh, Perak. Saya juga merupakan anak pertama daripada 2 beradik dan sekarang menetap di Manjoi, Ipoh, Perak.
PENDIDIKAN
Pendidikan Awal
Sekolah Kebangsaan Manjoi I, Ipoh
Peringkat Menengah
Sekolah Menengah Dr Megat Khas, Ipoh
Pengajian Tambahan
Sijil Kemahiran Malaysia di Pontian, Johor (2 tahun)
PENGALAMAN
Pengalaman saya belajar dan mengajar al-Quran bersama Easy Ngaji sudah hampir 3 tahun. Saya mengajar kelas berkumpulan dan persendirian dan sudah mempunyai lebih 30 orang anak murid sepanjang mengajar di Easy Ngaji. Saya juga sudah mengajar sejak dari tahun 2019 lagi dan masih lagi belajar dan juga mengajar sehingga sekarang.
Sijil dan Penghargaan
Video Mengajar
Impian dan harapan saya ialah untuk membantu masyarakat Islam mahir membaca, mengetahui hukum tajwid dan seterusnya mengajar kepada orang lain juga.