USTAZAH FATIHAH

USTAZAH FATIHAH

Saya adalah salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran sejak dari 2022. Saya berasal daripada Keramat, Kuala Lumpur dan merupakan anak yang ke 2 daripada 5 orang adik beradik. Sekarang saya menetap di Istanbul, Turki.

PENDIDIKAN

Peringkat Menengah

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Ali, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pengajian Diploma

Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak, Terengganu.

Pengajian Tinggi

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

PENGALAMAN

Saya sudah mengajar sejak tahun 2022 dan jumlah pelajar saya sekarang yang masih aktif adalah seramai 37. Saya masih terus belajar dan mendalami bidang al-Quran yang luas ini, serta aktif mengajar dengan penuh dedikasi dan berusaha agar dapat memberikan pemahaman yang mendalam kepada pelajar-pelajar saya yang sekarang dan yang akan datang.

Sijil dan Penghargaan

Video PENGENALAN DIRI DAN BACAAN AL-QURAN

USTAZAH FATIHAH

Melalui perjalanan belajar dan mengajarkan al-Quran, impian dan harapan saya adalah membantu generasi Muslim yang tidak hanya mahir dalam membaca dan mengamalkan ajaran al-Quran tetapi juga memahaminya dan menjadi asas dalam kebaikan. Saya berharap agar ilmu yang saya sampaikan tidak hanya menghasilkan pembaca al-Quran yang pandai, tetapi juga individu yang membawa perubahan positif kepada diri, keluarga dan generasi Muslim akan datang.

× Apa yang kami boleh bantu?