Ustazah Iffah Amani
Saya Ustazah Iffah Amani Binti Md Zahir atau lebih dikenali dengan nama Ustazah Iffah Amani, merupakan salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam Al-Quran sejak dari bulan Februari 2026.
PENDIDIKAN
Peringkat Menengah
Maahad Tahfiz Sains Darul Aman, Kulim, Kedah
Peringkat Menengah
Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengajian Tinggi
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP), Perak
PENGALAMAN
Saya sedang berusaha memanfaatkan pengetahuan dalam al-Quran dengan kaedah pengajaran yang berkesan bagi mendidik masyarakat untuk menguasai bacaan al-Quran dengan betul.
Saya mempunyai pengalaman sebagai guru ganti mengajar kanak-kanak dalam Persatuan Moh Ngaji Ipoh, Perak semasa sedang belajar di peringkat diploma. Saya mengajar pelajar berumur 5 tahun hingga 13 tahun membaca al-Quran dan Iqra’ secara individu dan membimbing mereka dalam mengenal nama-nama Allah dan ilmu asas agama seperti berwuduk dan solat. Saya memantau perkembangan pelajar dan bertukar pendapat dengan guru lain untuk memperbaiki kaedah pengajaran.
Saya memiliki Sijil Tahfiz Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021 dan menduduki subjek Hifz Al-Quran dan Maharat Al-Quran dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021 (SPM 2021).


Sijil dan Penghargaan



Video Mengajar
Impian dan harapan saya untuk membantu masyarakat Islam mahir membaca al-Quran serta bersama-sama mewujudkan masyarakat dan umat Islam hidup berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.