USTAZAH NAYLI
Saya Ustazah Nur Nayli Nadiah atau lebih dikenali Ustazah Nayli, merupakan salah seorang guru al-Quran Easy Ngaji yang berkemahiran dalam mengajar al-Quran dari peringkat Asas, Tajwid sehingga khatam al-Quran bermula tahun 2025.
PENDIDIKAN
Peringkat Menengah
Sijil Tinggi Agama Malaysia,
Maahad Ahmadi Gemencheh
Pengajian Tinggi
Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusteraan Islam (Kepujian), Universiti Sains Islam Malaysia
Pengajian Tambahan
Diploma Pascasiswazah Pendidikan Pendidikan Islam (DPPPI), Universiti Sains Islam Malaysia
PENGALAMAN
Saya merupakan Pendakwah Muda Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan merupakan guru kelas Islam Fardhu Ain (KAFA) di SK Tuanku Abd Rahman, Gemas.
Semasa saya belajar di USIM, saya mewakili Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) dalam debat bahasa Arab Kelab Al-Muthla USIM. Selain itu, saya juga berpengalaman sebagai guru al-Quran, guru bahasa Arab serta guru tutor Arab & Jawi dalam talian.
Pada tahun 2024, saya telah menjalani Program Latihan Industri di Education Malaysia Mesir (EM MESIR) di Kaherah.
Berpengalaman mengajar KAFA anak tentera (selama 10 bulan) dan guru kelas Tahun 1 di SK Kem Syed Sirajuddin, Gemas bermula Oktober 2024.
Saya juga mempunyai pengalaman sebagai guru Pendidikan Islam dan mengajar asas fardhu ain dan Bahasa Arab untuk kanak-kanak berusia 4,5 dan 6 tahun di Tabika Perpaduan, dan juga guru tutor Bahasa Arab untuk pelajar tahfiz. Pada tahun yang sama juga, saya menjadi Guru Penilai UPKK di SK Tuanku Abd Rahman, Gemas pada tahun 2025.
Pada 2026, saya telah menjalani latihan sebagai guru praktikal Pendidikan Islam di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas dan telah menyertai Pidato Rukun Negara Tuan Yang Dipertua Negeri Melaka Peringkat Kebangsaan.
Sijil dan Penghargaan

Impian dan harapan saya untuk membantu masyarakat Islam mahir membaca Al Quran dengan sempurna. Saya juga ingin berkongsi ilmu tentang al-Quran, tajwid dan sebaginya.