Profil Syarikat
Impian kami untuk bantu lebih ramai cintakan al-Quran
Tentang Easy Ngaji
Cerita Kami
Selamat datang ke Syarikat Azizol Legacy Resources dengan jenama kami Easy Ngaji – sebuah syarikat Peneraju Pendidikan Al-Quran di Malaysia!
Mula ditubuhkan pada tahun 2014, Akademi Al-Quran Easy Ngaji (dahulu dikenali dengan Pusat Pengajian Al-Quran Easy Ngaji) beroperasi di bawah kendalian Al-Baghdadi Learning Centre. Bermula dengan 1 cawangan di Tambun, kami seterusnya mengorak langkah pada tahun 2018 di bawah pengurusan Syarikat Azizol Legacy Sdn. Bhd. (12905220-D) dan beralih di bawah Syarikat Azizol Legacy Resources [202503254776 (003775844-A)] pada tahun 2025 yang kini mempunyai 2 cawangan di Ipoh iaitu di Tambun dan Ampang, Perak. Dengan modul yang mudah dan sistematik, kami menyediakan kelas al-Quran bermula daripada umur 7 tahun sehingga 70 tahun meliputi di beberapa buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura.
Akademi Al-Quran Easy Ngaji komited dalam menyediakan kelas, seminar, dan program dalam bidang pengajian al-Quran. Lebih 10,000 orang telah mengikuti kelas bersama kami dan mendapat manfaatnya sejak 2014. Malah ada yang sudah mahir membaca al-Quran dan khatam berulang kali walaupun bermula daripada zero!
Visi Kami
Menjadi Syarikat Penyedia Perkhidmatan Pendidikan Al-Quran Kaedah Pantas, Moden dan Kotemporari Yang Bersistematik dan Berimpak Tinggi No. 1 di Malaysia.
- Pendidikan Al-Quran Kaedah Pantas: Tumpuan pada kaedah pengajaran yang cekap dan berkesan, membolehkan para pelajar menguasai bacaan al-Quran memahami dan menghafal al-Quran dengan pantas.
- Moden dan Kontemporari: Mengintegrasikan kaedah pembelajaran al-Quran dengan konteks dan realiti kaedah pembelajaran masa kini, memastikan proses penyampaian pendidikan yang diberikan relevan dengan cabaran dan keperluan masyarakat moden.
- Bersistematik: Melaksanakan sistem yang berstruktur dan teratur dalam penyampaian bahan, penilaian, dan pembangunan diri, memberikan pengalaman pembelajaran yang konsisten dan boleh diukur.
- Berimpak Tinggi: Mewujudkan program pendidikan yang tidak hanya memberikan pengetahuan tentang al-Quran tetapi juga memberikan impak positif dalam membentuk karakter, moral, dan sikap positif terhadap kehidupan.
- No. 1 di Malaysia: Menunjukkan komitmen kami untuk menjadi yang terbaik dalam industri pendidikan al-Quran di Malaysia, dengan mengukur kejayaan melalui standard kualiti serta memenuhi kepuasan pelanggan.
Misi Kami
Misi Pendidikan
- Memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat kepentingan menguasai bacaan (asas al-Quran, tajwid, talaqqi, hafazan dan tarannum), terjemahan makna (harfiyyah), tafsir (penerangan daripada sumber yang tepat) dan tadabbur (pemahaman dan penghayatan isi kandungan al-Quran).
- Menarik minat masyarakat pelbagai peringkat umur mempelajari al-Quran dengan kaedah moden dan menyeronokkan.
Misi Produk
- Sentiasa menjalankan kajian dan penyelidikan kaedah terkini pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
- Menaikkan kredibiliti produk dan perkhidmatan melalui pengiktirafan daripada pelbagai agensi bertauliah.
Misi Pelanggan
- Menekankan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelajar/pengguna bagi semua peringkat umur.
- Menekankan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan ceria.
- Sentiasa komited membuat kajian dan penambahbaikan yang berterusan terhadap produk dan servis yang dijalankan.
- Penggunaan teknologi baru dalam peningkatan servis dan produk.
- Mewujudkan komuniti yang mahir membaca, memahami, melaksanakan dan mendakwahkan al-Quran.
Misi Pasukan
- Melahirkan tenaga kerja yang professional dan komited.
- Menyediakan sistem career path dan skim kenaikan gaji.
- Menyediakan platform peningkatan prestasi pekerja.
- Memberi perhatian tinggi kepada kebajikan para pekerja.
Staff Pengurusan Kami
“Bukti ketaatan kita kepada Allah SWT adalah berimannya kita kepada kitab suci al-Quran. Bermula daripada proses belajar membaca, menghayati makna lantas mengamalkannya. Ramai yang tahu al-Quran itu penting tetapi tak ramai yang MENGENALI kepentingan AL-QURAN bagi hidupnya.”
Ustaz Azizol bin Hj. Kasnan
– Pengarah –
NILAI KAMI TERAPKAN
Nilai Kami
Tanggungjawab
Kerjasama
Kreatif
Realistik
pelbagai KERJASAMA DAN USAHASAMA
Rakan Kolaborasi Kami















