Large Image

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

Smart Al-Fateh Asas Tajwid

Product Modal

Buku Asas Tajwid Smart Al-Fateh merupakan siri pelengkap kepada Buku Asas Smart Al-Fateh Jilid 1 dan 2. Mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan prinsip asas dan amali dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid al-Quran. Kemampuan seseorang menguasai ilmu tajwid dan asas bacaan banyak bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguasai:

• MAKHRAJ-MAKHRAJ huruf iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan.
• Menguasai TEKNIK BACAAN DAN CARA BACAAN apabila bertemu dengan huruf-huruf yang lain di dalam ayat al-Quran seperti Nun, Mim dan sebagainya.
• KEUPAYAAN MENGUASAI tanda bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan.
• KEMAHIRAN MENGUASAI kepelbagaian bacaan seperti bacaan tanwin bertemu sukun.

Teknik Pengajaran Buku Asas Tajwid Smart Al-Fateh

Buku Asas Tajwid Smart Al-Fateh menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan pelajar daripada menghafal teori tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini diharapkan dapat memberikan kesan yang lebih baik kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid al-Quran dalam tempoh yang singkat.

Boleh didapati dalam bentuk modul fizikal atau e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.

× Apa yang kami boleh bantu?