KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR
Smart Al-Fateh Lancar Surah Pilihan
Buku Lancar Surah Pilihan Smart Al Fateh merupakan siri pelengkap kepada Buku Asas Smart Al-Fateh dan Buku Asas Tajwid Smart Al-Fateh. Mengandungi beberapa surah pilihan yang menekankan prinsip asas dan amali secara sistematik. Kemampuan seseorang lancar membaca surah pilihan banyak bergantung kepada bagaimana seseorang itu menguasai:
• KEMAHIRAN MENGENAL DAN MEMBACA 6 jenis asas bacaan Al-Quran.
• KEMAHIRAN MENGUASAI MAKHRAJ-MAKHRAJ huruf iaitu tempat keluarnya huruf-huruf hijaiyyah di dalam struktur asas bacaan.
• KEMAHIRAN MENGUASAI TEKNIK BACAAN DAN CARA BACAAN apabila bertemu dengan huruf-huruf yang lain di dalam ayat Al-Quran seperti Nun, Mim dan sebagainya.
• KEMAHIRAN MENGUASAI tanda bacaan waqaf iaitu cara berhenti dan menyambung bacaan.
• KEMAHIRAN MENGUASAI kepelbagaian bacaan seperti bacaan tanwin bertemu sukun.
Teknik Pengajaran Buku Lancar Surah Pilihan Smart Al-Fateh
Buku Lancar Surah Pilihan ini menumpukan kepada mengulangkaji kemahiran asas membaca dan asas tajwid untuk membentuk kelancaran bacaan secara sistematik dan berkesan. Pendekatan asas yang digunakan di dalam buku ini adalah menggunakan kaedah PERKATA, yang membantu pelajar fokus kepada kaedah bacaan setiap huruf, kalimah dan ayat dengan tepat. Konsep bacaan ANAK TANGGA iaitu pola pengulangan bacaan secara berperingkat dan kaedah KONGSI PRAKTIS dapat memberi keyakinan bacaan yang tinggi sebagai persediaan untuk bertadarus dan bertalaqqi Al-Quran 30 Juzuk.
Boleh didapati dalam bentuk modul fizikal atau e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.