
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR




Solat Sunat Rawatib
×
Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan untuk mengiringi solat fardu, baik sebelum atau sesudahnya sebagai solat tambahan. Jika ia dikerjakan sebelum solat fardu, maka ia dinamakan solat sunat qabliyah, dan jika ia dikerjakan selepas solat fardu maka ia dinamakan solat sunat ba’diyah. Rasulullah SAW sentiasa mengerjakan solat rawatib ini apabila baginda sedang bermukim atau tidak sedang dalam musafir. Malahan diriwayatkan juga, jika baginda meninggalkannya kerana uzur, maka baginda akan menggantinya apabila baginda sudah berkelapangan.
Boleh didapati dalam bentuk e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.