
KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN YANG LEBIH BESAR




Solat Sunat Tarawih
Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang dilakukan pada malam bulan Ramadan selepas menunaikan solat Isyak dan dua rakaat ba’adiyahnya. Solat Tarawih juga dikenal dengan qiyamullail pada bulan Ramadan. Solat sunat Tarawih adalah salah satu syiar yang cukup nyata dan jelas daripada syiar-syiar Ramadan, bahkan ia adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW yang sentiasa baginda kerjakan pada bulan Ramadan selain daripada iktikaf. Solat ini dinamakan dengan Tarawih, kerana pada awalnya kaum Muslimin berkumpul untuk melakukan solat ini, mereka beristirahat setiap selesai dua salam atau setiap selesai mengerjakan empat rakaat, yang dalam bahasa Arab, istirahat ini disebut dengan Tarawih, jamaknya ialah at-Tarawih.
Boleh didapati dalam bentuk e-modul yang diakses melalui platform Easy Ngaji Go.